1. Perkara yang TIDAK BOLEH diadukan.
- Jawatankuasa Kira-kira Awam.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Jabatan Bantuan Guaman.
- Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan.
- Masalah keluarga/Peribadi.
- Tuntutan Berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat.
2. Apakah perkara yang perlu ada di dalam aduan? (ADUAN BERKUALITI)
- Bila kejadian berlaku?
- Siapa yang terlibat dan saksi yang boleh membantu?
- Dimana kesalahan dilakukan?
- Apa kesalahan yang telah berlaku?
- Bagaimana kesalahan dilakukan?
- Kenapa kesalahan dilakukan?
- Dokumen sokongan yang difikirkan perlu untuk membantu siasatan.
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Tidak Boleh. Sekiranya anda seorang anggota tentera, anda DILARANG membuat aduan melalui pasangan/ibu bapa/saudara berkenaan tadbir urus ATM. Sebarang permasalahan melibatkan tadbir urus ATM hendaklah mengikut sistem pemerintahan sedia ada. Anda hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang Aduan/Pertanyaan/Cadangan/Penghargaan yang dimajukan.
4. Bagaimanakah cara membuat aduan melalui SISPAA ATM?
Rujuk kepada Panduan Pengguna di https://atm.spab.gov.my/eApps/web/help/public.pdf
5. Butir-butir Pengadu yang diperlukan?
Pengadu hendaklah mengisi butiran lengkap MAKLUMAT PERIBADI dan MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI. Sekiranya maklumat tersebut didapati palsu/tidak dapat dihubungi, aduan akan ditolak SERTA MERTA.